Sunday, 22 May 2011

MANFAAT DASAR LUAR NEGARA KEPADA PENDIDIKAN

REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Malaysia tidak ketinggalan dari arus reformasi pendidikan yang berlaku di negara-negara serantau.  Pada tahun 1974, Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet yang berfungsi untukemngkaji semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbitkan pada tahun 1979.  Kementerian Pendidikan telah melancarkan reformasi pendidikan dengan memperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 dan KBSM pada tahun 1988/1989.[1]  Reformasi Pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.  Reformasi Pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam erti kata sebenar. 

KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PENDIDIKAN

Terdapat beberapa institusi serantau dan antrabangsa yang memainkan peranan masing-masing dalam usaha memberi sumbangan kewangan ataupun tenaga dan nasihat yang membawa perkembangan dan kemajuan pendidikan untuk negara-negara di rantau Asia-Pasifik.  Di antara institusi-institusi ini ialah SEAMEO, UNESCO Bank Dunia, Secretariat Komanwel dan Pertubuhan negara-negara Islam Antarabangsa (OIC). [2]





SEAMEO
SEAMEO ialah Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara yang ditubuhkan pada November 1965 di Bangkok Thailand.  Pada masa itu negara-negara yang menyertai SEAMEO ialah Thailand, Malaysia, Filiphina, Indonesia, Singapura, Laos dan Vietnam.  Tujuan pembetukan SEAMEO ialah untuk mewujudkan kerjasama di antara negara-negara anggota untuk perkembangan kemajuan dalam bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan di negara-negara Asia Tenggara.Sekretariat SEAMEO diketuai oleh seorang pengarah dan bebrapa kakitangan professional yang dilantik dari negara-negara anggota.  Sesungguhnya kebanyakan projek atau aktiviti SEAMEO dilaksanakan melalui tujuh Pusat atau Projek Wilayahnya yang ditempatkan di negara-negara ahli.  Pusat atau projek wilayah ini ialah RECSAM, RELC, INNOTECH, BIOTROP, SEARCA, SPAFA dan TROPMED[3]. 

RECSAM (Regional Centre For Education In Sciencce And Mathematics)
RECSAM ialah Pusat Wilayah untuk Pendidikan Sains dan Matematik yang ditubuhkan di Pulau Pinang.  Antara fungsi RECSAM ialah untuk membawa pembaharuan untuk perkembangan kurikulum tempatan dalam bidang Sains dan Matematik, menyebar maklumat pendidikan Sains dan Matematik kepada negara-negara ahli, menganjurkan kursus inovatif dalam pengajaran sains dan matematik  serta menjadi pusat sumber perkhidmatan rundingan berkaitan projek atau kajian dalm pendidikan sains atau matematik bagi negara-negara ahli SEAMEO. [4]
RELC (Regional Language Centre)
                     RELC ialah Pusat Bahasa Wilayah yang bertempat di Singapura.  Antara funsi RELC ialah untuk mengendalikan kursus-kursus bahasa, khasnya Bahasa Inggeris untuk pendidik-pendidik Asia Tenggara.  Selain itu RELC juga menjalankan penyelidikan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa.[5]  (7)




INNOTECH (regional centre for educational innovation and technology)
                     INNOTECH ialah Pusat Wilayah untuk inovasi dan teknologi pendidikan.  Pusat ini ditubuhkan dan terletak di Manila, Filipina. Antara fungsi pusat ini ialah.  [6]
a)      Mengenalpasti dan mencari pendekatan inovatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendidikan Asia Tenggara.
b)      Melatih kakitangan melalui bengkel dan kursus.
BIOTROP ( regional centre for tropical biology)
                     BIOTROP ialah Pusat Wilayah untuk Biologi Tropikal yang ditubuhkan di Bogor, Indonesia. Antara tujuan dan fungsi pusat ini ialah untuk memberi latihan dan panduan untuk kaedah yang berkaitan bidang penyelidikan. Pusat ini juga melaksanakan program penyelidikan yang berkaitan dengan masalah biologi topika di Asia Teggara.[7]
Dasar  Luar  Negara memberi banyak manfaat kepada perkembangan pembangunan Negara dari pelbagai aspek. Bermula dari aspek pembangunan, perindustrian, sains dan teknologi, perubatan dan semestinya sistem pendidikan.   Malaysia juga merupakan Negara anggota beberapa pertubuhan-pertubuhan besar dunia yang membolehkan Malaysia mendapat pelbagai keistimewaan di mata dunia. Antaranya ialah, Malaysia sebagai anggota KOMANWEL, PBB, OIC, dan tidak terkecuali NAM.
PERTUBUHAN KOMANWEL
Komanwel ialah sebuah organisasi yang terdiri dari negara Britain bersama dengan tanah bekas  jajahannya yang telah mencapai kemerdekaan.  Komanwel ditubuhkan pada 1953.[8]   Tujuan utama penubuhan komanwel ialah mewujudkan semangat dan usaha kerjasama antara ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan social, perkhidmatan, perdagangan, komunikasi, perindustrian, pertanian, institusi kewangan dan pentadbiran.



Kerjasama dan bantuan dalam bidang pendidikan merupakan aktiviti utama Sekretariat Komanwel. Antara faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel yang melibatkan bidang pendidikan adalah :
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.

PENUBUHAN PROGRAM BERKEMBAR DI ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA

            Selain itu, Malaysia juga menjalankan program-program berkembar di antara universiti-universiti tempatan dengan universiti luar Negara untuk menaiktarafkan bidang pendidikan di Malaysia.  Contohnya seperti Program Berkembar Praperkhidmatan B. Ed (TESL) yang akan dijalankan di antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan universiti luar Negara. Terdapat Sembilan universiti luar Negara yang terlibat antaranya ialah, Canterbury Christ Church University, University Of Auckland, University Of Warwick, University of Portsmouth, dan Victoria University Of Wellington. 
            Terdapat sepuluh buah IPGM yang terlibat dalam menjayakan program tersebut,  antaranya ialah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Angtarabangsa, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Institut Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas,  Institut Perguruan Kota Bharu dan Institut Perguruan Darul Aman.  Antara faedah program berkembar ini adalah pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti, serta akreditasi dapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap maksimum.
            Pelajar-pelajar yang terlibat boleh membuat penilaian dan perbandingan antara sistem pendidikan serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini  dengan lebih berkesan di negara university yang mengambil bahagian.  IPGM juga akan mendapat pengiktirafan daripada university luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai dengan matlamat pengantrabangsaan IPGM.

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
Antara program-program lain yang dijalankan adalah program pertukaran pelajar di antara pelajar dalam negara dengan pelajar dari luar negara. Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat.Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik generasi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya.Teknologi yang berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.
Program ini juga mengajar generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaiakn diri. Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan merasa tertarik untuk mengenali budaya di negara kita. Budaya dan adat adalah salah satu kelebihan negara ini. Negara-negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas negaranya yang menunujukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal kehidupan kita.Sebab itulah, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat menigkatkan aset negara melalui industri pelancongan. Pelajar cemerlang yang memiliki pegangan agama Islam yang baik juga dapat membuktikan bahawa Islam adalah agama yang bertamadun dan mulia.Pelajar dari malaysia dapat belajar sekaligus berdakwah di negara Barat tempat pertukaran pelajarnya. Hal ini akan membuktikan kepada negara-necara Barat yang memandang rendah terhadap Islam bahawa umat Islam ialah insan yang baik dan terpelajar. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar. dapat mengharumkan kembali nama Islam kerana jati diri pelajar yang baik akan merefleksikan agama, bangsa dan negaranya.
Kepentingan lain daripada program ini adalah menciptakan insan muda yang terpelajar dalam bidang teknologi. Selain itu, aspek kepandaian ini juga meliputi aspirasi generasi muda yang tidak pupus,rasa cinta akan tanah air dan kemampuan untuk percaya diri dan tidak mudah diperalat.Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang sempurna dalam segala bidang untuk memenuhi azam negara. Individu yang pernah merasakan hidup di negara orang akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi cabaran hidup. Pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar adalah modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. Seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik.

PEMBUKAAN IPTA DI LUAR NEGARA
Selain itu, antara kelebihan dan manfaat yang diperoleh oleh Malaysia melalui dasar Luar Negara ialah pembukaan cawangan IPTA yang pertama di luar negara iaitu, pembukaan cawangan USM yang pertama di India.Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pertama mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan membuka kampus cawangannya di India. Kampus pertamanya di luar negara itu akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum, Karnataka, dan menawarkan pengajian perubatan.  Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, berkata buat permulaan keutamaan akan diberi kepada pelajar Malaysia sebelum dibuka kepada penuntut antarabangsa. Kampus India ini akan menggunakan sepenuhnya kurikulum bersepadu USM. 
GLOBALISASI PENDIDIKAN
Antara manfaat lain yang diperoleh oleh Malaysia ialah globalisasi pendidikan. Sistem Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi. Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;
    1. Perubahan pada kurikulum pendidikan
    2. Perubahan pada sistem pendidikan
    3. Falasafah pendidikan
    4. Penggunaan teknologi maklumat
    5. Pendemokrasian pendidikan
    6. Agama dan gejala sosial

  Perubahan kurikulum pendidikan
Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR –1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM – 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.
 “Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia, jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun. “    (Hanna Hloborn Gray)
Perubahan pada sistem pendidikan
Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.
Falsafah Pendidikan Negara.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.
Dasar Pendidikan negara perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas. Falsafah ini hendaklah merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan sebagainya. Falsafah merupakan rumusan yang mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara[9].

Penggunaan Teknologi Maklumat
Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia dapat dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi maklumat secara yang betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan politik negara-negara di dunia ini. Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan. 
Pendemokrasian Pendidikan
Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Pada masa kini Malaysia telah mempunyai lebih dari 18 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) yang menawarkan program dalam bidang teknologi dari peringkat sijil sehingga doktor falsafah.[10]


Pendidikan formal dalam bidang sains dan teknologi yang pertama ditawarkan oleh ITM pada tahun 1969 pada peringkat Diploma.  Sarjana Muda TMK yang pertama ditawarkan oleh USM dan diikuti oleh UKM, UTM, UPM dan UM.  Kini hamper semua university awam termasuk kolej kolej swasta menawarkan kursus yang sama.
Terdapat juga kolej-kolej swasta yang bekerjasama dengan university-universiti luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Kebanyakan mengadakan program berkembar.  Contoh seperti program yang ditawarkan oleh Kolej Damansara Utama.  Program yang ditawarkan ialah seperti Program Diploma Pengajian Komputer dari Univrsiti Lincolnshire dan Huberside, Britain.[11]
Agama Dan Gejala Sosial
Mari kita renung rencana berikut;
Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah 38.08 peratus.
(Berita Harian 18 Mei 1999)
Meskipun begitu terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun sekolah agama swasta. Kesedaran ibu bapa telah mendorong mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berkenaan. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996. 

PROGRAM PENUTUR JATI (NATIVE SPEAKERS)
 
Antara program kerajaan yang terkini bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia ialah program penutur jati (native speakers programme).
Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Program ini menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris Tahap satu sebagai sasaran dan menjadi sebahagian kaedah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru di sekolah. Kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan dibawa ke negara ini bagi membimbing pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

PENUTUP:
            Dasar Luar Negara telah terbukti memberi banyak manfaat kepada sistem pendidikan di Malaysia bermula dari era selepas kemerdekaan sehinggalah kini. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai era perubahan yang telah banyak menaiktaraf pendidikan dan kurikulum pendidikan di Malaysia.  Pelbagai lapisan pendidikan memperoleh pelbagai manfaat dan kelebihan bermula dari peringkat Pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti pengajian siswazah. Semua agensi pendidikan terlibat dalam proses menaiktaraf institusi pendidikan bermula dari pendidikan tadika, pra sekolah dan seterusnya pendidikan di universiti.



No comments:

Post a Comment